Apam Balik

Resepi ni diperolehi dari Puan Jeni,Riyadh..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)
Sedikit garam.

Inti:

1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega

Cara penyediaan:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.

** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.

3 ulasan:

Norhafiza berkata...

Terima kasih sebab share resepi ni..No dah buat dan hasilnya WALLAH!..mmg sedap!

noorsafone berkata...

salam raidah...kak noor nk tnya...susu segar tu 1 1/2 cwn ke guna 2 cwn..?

Idahelmi berkata...

Assalam Kak Noor,
Resepi asal suruh letak 1 1/2 cawan tapi bagi saya bancuhannya sedikit keras. Jadi bila buat, saya letak 2 cawan susu segar.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.