Bubur Ayam Bercili

Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 ekor ayam }rebus dan disiat-siat
3 biji bawang merah }dihiris
2 ulas bawang putih }dihiris
1 inci halia }diketuk
1 biji kentang }dipotong dadu
3-4 biji cili api }diketuk
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
Air
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.kemudian masukkan cili api,halia,beras yang telah dibersihkan dan digaul rata.masukkan air dan juga air rebusan ayam tadi dan didihkan hingga separuh masak.masukkan kentang,ayam,serbuk pati ayam dan garam.masakkan sebentar lagi.sebelum mengangkat bubur,masukkan daun ketumbar dan gaulkan.ketika menghidang,taburkan dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng.

*untuk lebih sedap, makan bersama kicap pedas dan sedikit perahan limau.

Kicap pedas

Bahan-bahan:

Segengam cili api
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Kisar cili api bersama bawang putih sehingga halus.panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga masak.masukkan sedikit air dan kicap secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.