Popia Basah Sempoi

Inilah pertama kali saya mencuba popia basah. Maklumlah berpuasa di Abu Dhabi ni tiada siapa yg menjual, jadi nak makan buat lah sendiri..

Bahan-bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Sedikit garam garam

Cara penyediaan:
1. Gaul kesemua bahan dan perap 1 jam.
2. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
3. Ambil sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja.
4. Biar kering dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.

Bahan-bahan inti:
1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
2 mangkuk taugeh
1 biji bwg besar ~ mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

Tumis bwg besar dan udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layu. Akhir sekali masukkan taugeh dan matikan api. Angkat dan tapis supaya kuah sayur tadi keluar.

Bahan-bahan untuk sos:
2 labu bawang besar ~ di mayam kasar dan digoreng
2 ulas bawang putih ~ belah 2 dan digoreng
5-6 tangakai cili kering ~ di rebus, tapis dan digoreng
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung ~ bancuh dgn 1/4 cawan air
1 sudu besar gula merah (saya guna brown sugar)
Gula dan garam secukupnya.

Cara penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering yg telah digoreng tadi.
2. Di dalam kuali/periuk, masukkan bahan kisar, cili sos, sos tiram, gula merah dan sedikit air.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Ini bertujuan untuk memekatkan sos.
4. Perisakan dgn garam dan gula.

Bahan sampingan:
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara menghidang:
Ambil kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk dan bawang goreng. Kemudian bubuhlah inti sayur dan gulung. Sedia dihidang..

1 ulasan:

mamayaya berkata...

dah lama cari resepi buat kulit popia..akhirnya jumpa jugak..terima kasih sudi berkongsi. cuma nak tanya..klo tak nak guna cuka..apa yang kita boleh gantikan ye?..tqvm

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.