Salmon Masak Masam Manis

Bahan-bahan:

2 potong salmon
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ dihiris
2 biji tomato ~ dibelah 4
1/2 biji timun ~ di buang biji dan potong dadu
1/2 batang lobak merah ~ di potong bulat
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 sudu cili kisar
5 sudu sos tomato atau secukupnya
3 sudu sos cili atau secukupnya
Minyak
Air
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Salmon digaul dengan garam dan kunyit, goreng hingga garing, kemudian tumiskan bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan pula cili dan masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, lobak merah, timun, air, garam dan gula secukupnya.
3. Kemudian masukkan pula bawang besar, tomato dan kacau hingga rata.
4. Masak seketika dan kemudian tuangkan kuah tadi ke atas ikan. Sedia dihidang.

2 ulasan:

adioz88 berkata...

bagus ada blog macam ni
boleh belajar memasak.
teruskan usaha

azlina's berkata...

salam tuan umah..kat sana ikan salmon tu murah ke regenya..? bagus ikan tu banyak khasiat..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.