Kaya Yeo's.. eh silap, Kaya Raidah's

Kaya adalah salah satu kegemaran kami sekeluarga tetapi di sini tiada dijual di mana2 jadi kenala membuatnya sendiri, tahukah anda untuk membuatnya amatlah mudah sekali? Lebih berkhasiat dan yg lebih bagusnya tanpa bahan pengawet. Cubalah..


Bahan-bahan:
1 cawan gula *
1 cawan air *
* Buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula
3 biji telur
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Daun pandan

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan.
2. Masak di dalam kuali/periuk dengan menggunakan api serdahana.
3. Adunan hendaklah di kacau sentiasa.
4. Masak sehingga pekat dan berkilat. Lebih kurang 20-25 minit.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kak...kaya ni tahan lama tak?

Idahelmi berkata...

InsyaAllah blh tahan dlm 2minggu, letak dlm peti sejuk.

Ita berkata...

salam,terase nak buat pau kaya, ni yg terjumpa ur blog nak buat kaya nye dulu.Sini pon tak jupe kaya dlm tin.salam perkenalan..It@ gold coast

zuraini ali berkata...

thanks for sharing the recipe..kaya u nampak cantik.mesti try sbb anak2 i merengek knapa i tak bwa balik kaya masa pulang ke malaysia aritu..
dah buat nnti i akan bg feedback ye

salam dr abu dhabi

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.