Tom Yam Ikan Susu

Bahan-bahan:
2 keping ikan susu (milk fish)
2 sudu pes tomyam*
1 batang serai di titik
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar di hiris
Cili api secukup pedas
1 biji tomato ~ direbus dan di kisar
Daun ketumbar
Perahan lemon/limau nipis ~ secukupnya
Air
* Saya guna Thai Chili Paste (Mae Pranom Brand)

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dlm periuk.
2. Masukkan tomyam pes,tomato, serai, cili api dan daun limau purut.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan biar sampai masak.
4. Masuk bawang besar, daun ketumbar jus lemon/limau nipis dan garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera...

Disebabkan ada ada teman ingin tahu macamana rupa ikan susu, ini suami saya tunjukkan..


2 ulasan:

anyz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lina berkata...

salam - ikan susu mmg sedap ...saya buat bakar dan cicah sambal kicap sgt sedap..tom yam tak pernah cuba tht very good share this recipe....will try next time.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.