Kuih Lopes

Resepi kuih lopes ini saya ambil dari My Resipi..

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecl garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.

Cara penyediaan:

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan perwarna hijau dan air kapur. Rendamkan selama 3jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Bahan Untuk Air Gula:

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul.

Cara penyediaan:

~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.

12 ulasan:

ady berkata...

as-salam
sedapnye kuih lopes..
nak buat pun malas ni..suka beli aje..

ubat kencing manis berkata...

boleh tak request resepi kuih akok?

Nora Karim berkata...

ya Allah, sedapnya kuih lopes... rasa terliur jek...

ieda berkata...

salam kenal dari saya
sedapnya nampak kuih lopis tu
faberet saya tuu huhu

Ezzedin Al-Qassam's berkata...

salam,
sedapnya kuih lopes: ANEKA RESEPI TERKINI

Norasikin berkata...

Apa fungsi kapur tu ye? mesti ada tujuan tertentu kan?

Yati berkata...

kuih lopeh yg mabeles...suka suka..selalu duk pi beli kat gerai kat wangsa melawati...mahal gak..kecik2 je 4 biji RM2...lepas ni boleh la try resepi nih...leh makan puas2...hehe..tq :)

Syarih berkata...

wah kuih nih kegemaran saya. cukup sedap lah...jom kongsi resepi di blog saya.

Gila Coklat berkata...

Kuih peberet nih....

luv 2 b ibu berkata...

Suka sangat kueh lopes nie... Bleh wat sendiri nie.... :-) tq 4 sharing resepi nie

eqeen berkata...

sedapnye..dah lame x mkn kuih nie...

asheffa effa berkata...

Fungsi kapur tu nk kasi beras tu pejal

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.