Lepat Labu

Bahan-bahan:

3 cawan labu yang dilenyek ~ direbus dan toskan airnya (baru disukat)
3/4 cawan gula atau secukupnya
2 cawan tepung gandum
50gm santan serbuk
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut atau secukupnya gaul dgn sedikit garam(untuk inti)
Daun pisang(layur diatas api dan potong kecil) secukupnya untuk membungkus
Air dan periuk kukusan.

Cara penyediaan:

1. Masukkan labu, gula, tepung, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul semua bahan hingga sebati.
2. Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan ke atas daun pisang. Letakkan kelapa parut ditengah adunan tadi.
3. Tutup adunan dan lipat kedua2 hujung daun dgn kemas.
4. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

2 ulasan:

Murny Umairah berkata...

sedapnye tgk... :)

Rozita berkata...

Dah lama tercari cari resepi nasi khabsa dan mandy, kat sini rupanye. Thanks bagi resepi tu. Terus I followwww U. Salam kenal dari saya

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.