Kuih Serabai Kuah Durian

Pertama kali makan dan membuat kuih serabai ini. Setelah melihatnya di internet, rasa teringin untuk mencuba memandangkan cara2 membuatnya agak senang. Resepi yang dirujuk dari my resipi Serabai

Bahan-bahan:

Serabai:
500gm tepung beras
300gm nasi ~ kisar bersama sedikit air sehingga hancur
1 1/2 biji kelapa ~ perah santan dengan air suam dan jadikan 1 liter
1 1/2 sudu kecil yis/ baking soda
Garam secukup rasa

Kuah Durian:
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
2 helai daun pandan ~ disimpul/diikat
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Serabai:

1. Campurkan yis/baking soda dengan santan suam dan kacau sebati.
2. Kemudian campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).
3. Kalau nak senang, masukkan ke dalam blender dan blend hingga hancur.
4. Panaskan acuan serabai atau non stick pan dan sapukan sedikit minyak.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Buat sehingga habis adunan.

Kuah Durian:

~ Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana hingga pekat.


Saya menggunakan kuali non stick untuk memasak kuih serabai..


Kuih serabai yang telah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan..

6 ulasan:

CitarasaKu berkata...

sedapnya kuih serabai nie. Teringin juga nak mencuba.

Kak Noor berkata...

Mengimbau kenangan masa kecil bila melihat resepi ini. Dah lama tak nampak dan rasa kuih ini. Kuah durian dah ada. Nanti nak buat serabai.

QasehSuci berkata...

kuih ni kalu kat tempat saya panggil apam memang sedap...dicicah susu cair atau kuah gulai...

dapurCikWan berkata...

Salam..bila tengok kuih ni..teringat kat mak di kampung...mak slalu buat ni..suke sangat..

eqeen berkata...

looked delicious!

nia ain berkata...

salam akak.. mohon copy eh ^-^ thankyou

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.