Shawarma

Roti arab.. roti untuk shawarma..


Ini satu lagi resepi yg dah lama i buat tapi belum sempat nak post ...i buat resepi ni berdasarkan ape yg i tgk org buat kat kedai2 yg jual shawarma masa kat riyadh dan abu dhabi ni.... tapi bahan2 utk marinade ayam tu, i buat sendiri..cubalah...

Bahan-Bahan utama:
Roti arab
Daging ayam yg dipanggang (seelok2nya bahagian dada) ~ dihiris
Rempah shawarma (kalau tak ada, gantikan dgn serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam masalah-mixed spice)
Sedikit yogurt
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu minyak zaitun (kalau tak ada minyak masak biasa je)
Garam, sedikit stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bawang besar ~ dihiris
Tomato ~ dihiris
Timun ~ dihiris
French fries
Mayonis
Cili sos


Cara menyediakan ayam:
Ayam diperap dgn rempah shawarma,yogurt,bawang putih,minyak zaitun,serbuk lada hitam dan garam. Peraplah selama 4jam ataupun utk lebih sedap semalaman. Panggang ayam tersebut sehingga masak.

Cara menyediakan shawarma:
Roti disapu dgn mayonis. Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, french fries dan timun. Kalau nak pedas boleh ditambah cili sos. Gulungkan..Sedia dihidang..
Kalau nak tgk sample yang di beli di kedai leh tgk kat sini...

Cucur Labu


Bahan-bahan:
1 biji labu sederhana besar
Tepung gandum
Sedikit garam
Gula halus(aising) ~ untuk menyalut labu yang telah siap digoreng
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
1. Labu dipotong dadu dan direbus hingga empuk. Toskan airnya dan kemudian dilenyek.
2. Letak tepung sedikit demi sedikit. Agak2lah letak tepung tu ye..jangan kurang tepung nanti cucur labu berminyak. Bubuhlah sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng cucur labu sehingga kuning keemasan. Angkat dan kemudian gaulkan dengan gula halus.
Sedia dihidang..

Sup Kambing


Bahan-bahan:
500 gm tulang kambing
Sedikit rempah 4 sekawan(buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis&bunga lawang)
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 labu bawang besar ~ dikisar
1 inci halia ~di ketuk
1 batang lobak ~ dipotong dadu
1 biji kentang ~ dipotong dadu
1 biji tomato ~ belah 4
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Stok daging ~ kalau suka
Sedikit minyak ~ untuk menumis
Sedikit daun bawang dan bawang goreng ~ untuk hiasan.
Cara penyediaan:
Dengan menggunakan sedikit minyak, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih dan rempah serbuk sehingga naik bau wangi. Masukkan pula bawang besar, halia, tulang dan air. Biar sehingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak dan masaklah sehingga daging lembut. Masukkan garam dan serbuk lada hitam dan kalau suka sedikit stok daging. Akhir sekali masukkan tomato dan matikan api. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Chicken Salad


I like this for lunch,  It's a good way to get my kids to love eat vegetables... not only for lunch, anytime during a day as hunger strike, replacing the junk food....

Ingredients:
2 whole large boneless chicken breasts ~ bake or grill & diced
Lettuce leaves ~ rinsed, dried and torn into bite size pieces
1 tomato ~ seeded and diced
1 carrot ~ thinly sliced
1 onion ~ thinly sliced
Dressing:
3 tbsp olive oil
2 teaspoons sugar
1 clove garlic, minced
3 tbsp lemon juice
Salt and pepper (to your own taste)
Preparation:
Add all ingredients to a large bowl. Put dressing on salad immediately before serving...

Meehoon Goreng

Bahan-bahan:
Meehoon
Bawang putih ~ ditumbuk
Bawang besar/merah ~ ditumbuk
Udang kering ~ ditumbuk
Sedikit udang basah
Cili kering
Cili sos ~ secukup rasa
Taugeh
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Garam,gula(secukup rasa) dan sedikit serbuk pati ayam(kalau suka)
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Rendam meehoon sementara menyediakan ramuan untuk menumis.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing.
3. Masukkan cili sos dan udang. Kacau sebentar lalu dimasukkan meehoon yang telah direndam tadi.
4. Masukkan garam,gula serta serbuk pati ayam. Kacau rata. Kalau meehoon keras,tambahlah sedikit air.
5. Sebelum diangkat masukkan taugeh, kacau rata.
6. Angkat dan taburlah dengan daun bawang/sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidang.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.