Nasi Goreng ResepiRaidah
Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi
100g daging ~ dihiris
5 biji bawang putih ~ diketuk dan cincang halus
3 biji cili api (boleh ditambah jika mahu pedas) ~ dihiris
2 pokok/batang pak choi/sawi cina ~ potong ikut suka (saya potong bawah saja)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu sos ikan (nampla)
Garam ~ jika perlu
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak (anggaran 2-3 sudu) dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga garing (kuning keemasan).
2.Masukkan daging dan goreng hingga masak.
3.Kemudian masukkan cili padi dan goreng sebentar.
4.Masukkan pak choi, kacau sebentar saja. Kemudian, terus masukkan sos tiram, kicap cair, sos nampla dan juga nasi. Gaul rata.
5.Rasakan kalau kurang masin, bolehlah tambah kicap cair atau garam. Sedia dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
salam.. Ya Allah.. sedapnya semua menu u ni! mencabar iman tau! sambal kerang tu.. aduh!! mana nak cari pukul 1.30 pagi sekarang ni!!
apa kabar? lama kak t tak dtg sini.. kak t dh privatekan blog, THE UGLY TRUTH.. ingat nak ur emel add nk invite u nanti
ruziawatibukhari@yahoo.com
tq & take care..
Salam tie, sihat alhamdulillah. Sabar tie tunggu pasar temerloh buka boleh pegi beli (: ..
Saya buat sambal kerang kat malaysia, kemudian bekukan dan bawak balik ke Abu Dhabi..Kerang tak ada jual kat sini..
Catat Ulasan