Strawberry Banana Milk

Sebelum ni dah buat strawberry milk shake. kali ini saya campurkan dengan pisang pula. Sedap juga campuran stawberry dgn pisang ni..

Bahan-bahan:

6 biji buah strawberry ~ bersihkan dan potong 2
1 biji pisang (saya guna pisang berangan) ~ potong kecil
2 cawan susu segar
2 sudu susu tepung ( boleh juga digantikan dgn ais krim)
Gula secukup rasa
Sedikit ketulan ais

Cara penyediaan:

1. Masukkan strawberry, pisang, susu segar, susu tepung dan gula ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga hancur/ sebati.
3. Masukkan ke dalam gelas dan letaklah sedikit ketulan ais.


*** Kalau tiada susu segar, blh gunakan susu dalam kotak / susu cair.

Begedil Kentang

Saya membuat penambahan dalam resepi begedil ni dengan menambah bawang putih dan bawang besar. Ada sedikit kelainan dari begedil kentang biasa.

Bahan-bahan:

500 gm kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris kasar dan digoreng sehingga kekuningan. Kisar bawang sehingga hancur (guna pengisar kering).
3. Satukan kentang, bawang yg telah dikisar, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

Strawberry Milkshake

Bahan-bahan:

7 biji stawberry
2 cawan susu segar
1 cawan ice cream vanilla
Gula secukup rasa
Sedikit ketulan ais

Cara penyediaan:

1. Basuh strawberry, toskan dan belah 2.
2. Masukkan strawberry, susu segar, ice cream dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar sehingga hancur/ sebati.
4. Masukkan ke dalam gelas dan letaklah sedikit ketulan ais.

Sambal Ikan Tenggiri

Sambal ikan yang ringkas. Tak payah nak goreng dulu ikan terus je tumis bahan2. Macam masak asam tumislah tapi kuahnya sedikit dan pekat. Sekali sekala tukarlah citarasa..

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri ~ bersih dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk / dikisar
1 biji bawang besar /5 ulas bawang kecik ~ ditumbuk / dikisar
1/2 inci halia ~ ditumbuk / dikisar
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 sudu @ lebih cili kisar
Sedikit air asam jawa (kalau suka lebih masam)
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Air
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk/dikisar sehingga garing.
2. Masukkan cili dan tomato. Masa sehingga terbit minyak (tomato tadi menjadi pes).
3. Masukkan sedikit air dan ikan. Tutup kuali dan biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan pula bawang yang dihiris. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, tambahkan dengan sedikit air asam jawa.
5. Setelah ikan masak dan bawang agak layu, bolehlah diangkat.
****Kalau suka boleh juga ditambah 1 inci belacan. Rasanya pasti lebih sedap

Sambal Tauhu


Sambal tauhu yang saya buat ini sama saja mcm membuat sambal2 yang lain. Senang dan mudah untuk menyediakannya. Tapi yg beza di sini adalah tauhunya. Tauhu yang di jual di Abu Dhabi adalah bersaiz besar. 1 keping tauhunya, lebih kurang 4 keping tauhu di m'sia.

Bahan-bahan:

4 keping tauhu ~ goreng sedikit garing dan dipotong
3 ulas bawang putih**
1 biji bawang besar @ 5 ulas bawang merah**
1 sudu udang kering**
** ditumbuk(saya tumbuk kasar)
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 sudu (kurang atau lebih) cili kisar
Garam secukup rasa dan sedikit gula
1 sudu kecil air asam jawa atau secukupnya
Air
Minyak

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan goreng sehingga garing. Tambahkan sedikit air(bergantung sebanyak mana kuih yg disukai), air asam jawa dan bawang yang dihiris.
3. Biarkan kuah sehingga mendidih dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
4. Taburkan keatas tauhu yang telah digoreng dan dipotong tadi.
*** Saya suka menggunakan byk bwg dlm setiap mskan yg saya buat. Kalau ada yg kurang menggemari, blh kurangkan kuantitinya.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.