Grilled Squid With Oyster Sos & Mandi Lahm (Nasi Mandi Kambing)
Ni adalah sotong besar (kurita) yg dibakar dan dimasak bersama sos tiram serta dicampurkan dengan capsicum,tomato dan bawang besar.
Bahan-bahan yg digunakan agak simple..insyaAllah saya akan mencubanya nanti.
Ni pula mandi, nasi Arab. Nasinya serupa mcm biryani, dimasak dgn cengkih, kayu manis, safron dll. Ada dua jenis, ayam atau kambing. So yang pasti, saya memgemari Mandi Kambing atau Mandi Lahm lah.
Perut Yoghurt Daun Kesum
Bahan-bahan:
500 gm perut
3 ulas bawang merah ~ tumbuk
15-20 biji cili api ~tumbuk
2 batang serai ~ diketuk
2 tangkai daun kesum
1 cawan yoghurt (atau secukupnya)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air ~ jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Perut direbus sehingga lembut dan dihiris nipis.
2. Masukkan perut, bahan yang ditumbuk, serai, daun kesum, serbuk kunyit dan juga yoghurt. Kacau sebati.
3.Masak perut sehingga mendidih dan rasakan masam, masin dan manisnya. Jika kurang masam tambahkan lagi yoghurt.
4. Matikan api dan bolehlah diangkat.
** kalau tiada yoghurt, gantikan dengan santan (dlm 2 cawan) dan tambah 1-2 keping asam keping(gelugur).
Pekasam Goreng Tanah Arab
Bahan-bahan:
2 ekor ikan pekasam
2 biji bawang besar ~ belah 4
5 biji cili api ~ potong 2
Minyak
Cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan ikan pekasam. Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam sehingga garing.
2. Angkat dan toskan minyak.
3. Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumiskan bawang besar dan cili sehingga agak garing.
4. Angkat dan taburkan ke atas ikan perkasam tadi.
Sedia dihidang..
Mee Kari Nostalgia
Jalan ke Abu Dhabi baru2 ni jumpa dgn sebuah kedai yg menjual mee telur basah dan juga tauhu, masih fresh lagi..baru sampai kot..ape lagi dah ada mee, terlintaslah dlm fikiran nak buat mee kari. Bahannya tak cukup lengkap, ni jelah bahan2 yg saya gunakan, simple je..
Bahan-bahan:
~KUAH~
1 ekor ayam ~ potonglah ikut suka
1 mangkuk udang
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ ditumbuk
Rempah 4 sekwn ~ 1 btg kayu manis,1 kuntum bunga lawang,2 biji pelaga & 3 biji bunga cengkih
2 biji tomato ~ di potong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
Santan ~ secukupnya (pandai2lah ye)
Air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
* Kalau nak pedas lagi, blhlah tambah 1-2 sudu cili kisar dan nak masam letak 1-2 keping asam keping/air asam jawa
~ Mee Kari ~
1 kg mee telur/ mee kuning
Tauhu ~ saya potong baru goreng
Telur rebus
Daun bawang ~ hiris
Cili merah ~ hiris
Bawang goreng
Lemon
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekwn sebentar. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan pula rempah kari dan tomato yg dipotong dadu dan masak sehingga terbit minyak. Tomato tersebut akan hancur menjadi pes. Masukkan pula ayam dan masak sehingga kecut.
3. Masukkan air dan biarkan ayam masak sehingga lembut.
4. Kemudian, tuangkan santan dan tambahlah garam dan gula secukup rasa. Kalau nak masam tambahlah asam keping atau air asam jawa ( saya tak letak ).
5. Bila mendidih, masukkan udang dan masak sebentar. Kemudian bolehlah matikan api.
6. Menyediakan mee kari ~ Letak mee yg secukupnya ke dalam mangkuk, tuang kuah dan letaklah bahan2 sampingan.
Ayam Panggang
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ bersihkan
3 ulas bawang putih ~ cincang
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil rempah campuran
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu
1 sudu minyak zaitun
Cara penyediaan:
1. Lumurkan ayam dengan semua bahan dan perapkan sebentar.
2. Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
Biri-Biri Panggang
Peha biri2 ~ dlm 1 1/2 kg
3 ulas bawang putih ~ ketuk&cincang
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu atau secukupnya
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di dalam bekas dan gaulkan biri-biri dengan rempah sehingga sebati. Perapkan semalaman atau 3/4 jam.
2. Letak biri-biri di dalam bekas dan panggang dalam oven/ketuhar pada suhu 200'1 C selama 1 jam atau sehingga masak.
3. Selepas 1/2 jam, pusingkan biri-biri dan keluarkan jus(air) yg keluar dari biri-biri tersebut.
4. Apabila masak, keluarkan biri-biri dari oven/ketuhar, balut dengan foil. Biar lebih kurang 10 minit sebelum dagingnya dihiris.
5. Untuk sos: Air yang keluar dari daging tadi, campurkan dengan 1 sudu tepung jagung dan masak lebih kurang 1 minit. Perisakan dengan garam.
6. Sos ini bolehlah di letakkan di atas biri-biri panggang tadi.