Dapatlah makan sesekali pulut durian..buat dengan menggunakan lempuk durian yang dibawa dari malaysia..Stok lempuk dah pun habis, harap2 balik bercuti minggu depan boleh bawak stok baru, itu pun kalau ada buah durian yang dijual..kalau tak ada boleh beli lempuk durian segera yang banyak jual di pasaraya..Bahan-bahan:
Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.
Cara penyediaan:
1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).
** Kalau suka boleh juga campurkan dengan gula merah/gula melaka.

