Daging Masam Manis

Bahan-bahan:

250 gm daging ~ hiris nipis
1 biji bawang besar ~ potong bulat
1/2 biji bawang besar /5 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar/ diketuk
1/2 inci halia ~ hiris nipis
1 biji kentang ~ potong bulat dan goreng
1 biji lobak merah ~ belah 2 dan potong serong
100 gm bunga kobis
50 gm capsicum hijau ~ hiris panjang
1 biji tomato ~ saya belah 6
1 sudu tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan dalam 2 sudu besar minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah/besar dan halia sehingga wang dan sedikit garing.
2. Masukkan cili dan tomato sos serta daging. Tambahkan sedikit air dan masak sehingga daging masak dan lembut.
3. Kemudian masukkan lobak merah, capsicum , bawang besar dan tomato. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.

5. Matikan api dan bolehlah diangkat.

*** Kalau nak berkuah, lebihkan air.
Saya hanya menggunakan bawang besar sahaja kerana di Abu Dhabi ni bawang merahnya tidak secantik seperti di M'sia.

Sos Nasi Mandhi/Kabsa Dan Ulam "Jarjeer"

Ini sos yang biasa dimakan bersama nasi mandhi, kabsa dan briyani di sini. Tidak ada sayuran, cuma ulam "jarjeer", hirisan timun, tomato, lettuce dan bawang besar sahaja. Bahan-bahan untuk sos adalah cili besar hijau/cili api, tomato, batang ketumbar dan perahan lemon.


Inilah ulam kegemaran orang2 Arab..JARJEER..Tapi sekarang telah menjadi kegemaran kami sekeluarga.



Nasi Kabsa Kambing/Ayam

Saya belajar membuat nasi kabsa ini dari blog kawan dan juga resepi2 yang saya cari dari internet. Disini kalau nak makan senang je banyak jual di kedai2. Tapi kena belajar juga membuatnya supaya bila dah balik m'sia nanti, sesekali teringin nak mkn senang...

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

Nasi ini dimakan bersama ulam-ulaman dan ulam yang terkenal di sini ialah "daun jarjeer".

Sambal Tempoyak Masak

Sambal tempoyak masak ni ringkas aje sebab hanya letak ikan bilis, bawang dan serai aje..Kalau kt m'sia blh masukkan petai, daun kunyit, kaduk, pucuk ubi dan lain2.. tetapi di Abu Dhabi ni kira style daruratlah kan..

Bahan-bahan:
100 gm/ 1 mangkuk kecil ikan bilis
2 batang serai dititik
10-15 biji cili api ~ ditumbuk ( kalau nak pedas tambah lagi)
2 biji bawang besar ~ belah 2 dan hiris
3 sudu besar @ secukupnya tempoyak
2 cawan santan
1 sudu teh gula (jika nak rasa manis2 sedikit)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Cara nak membuatnya teramat lah mudah, campur kan kesemua bahan tadi kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga kuahnya menjadi pekat. Sepekat mana kuah tersebut bolehlah mengikut citarasa sendiri, suami saya suka kan kalau ianya agak pekat, ala2 sambal tempoyak mentah gitu.. hehehe..

Di tempat Arab ni ada pelbagai daun2 ulam mereka umpamanya daun jarjir, insyaallah akan dibuat "ujikaji" meng"arab"kan sambal tempoyak ni dan akan saya postkan kemudian.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.