Shawarma

Roti arab.. roti untuk shawarma..


Ini satu lagi resepi yg dah lama i buat tapi belum sempat nak post ...i buat resepi ni berdasarkan ape yg i tgk org buat kat kedai2 yg jual shawarma masa kat riyadh dan abu dhabi ni.... tapi bahan2 utk marinade ayam tu, i buat sendiri..cubalah...

Bahan-Bahan utama:
Roti arab
Daging ayam yg dipanggang (seelok2nya bahagian dada) ~ dihiris
Rempah shawarma (kalau tak ada, gantikan dgn serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam masalah-mixed spice)
Sedikit yogurt
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu minyak zaitun (kalau tak ada minyak masak biasa je)
Garam, sedikit stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bawang besar ~ dihiris
Tomato ~ dihiris
Timun ~ dihiris
French fries
Mayonis
Cili sos


Cara menyediakan ayam:
Ayam diperap dgn rempah shawarma,yogurt,bawang putih,minyak zaitun,serbuk lada hitam dan garam. Peraplah selama 4jam ataupun utk lebih sedap semalaman. Panggang ayam tersebut sehingga masak.

Cara menyediakan shawarma:
Roti disapu dgn mayonis. Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, french fries dan timun. Kalau nak pedas boleh ditambah cili sos. Gulungkan..Sedia dihidang..
Kalau nak tgk sample yang di beli di kedai leh tgk kat sini...

Cucur Labu


Bahan-bahan:
1 biji labu sederhana besar
Tepung gandum
Sedikit garam
Gula halus(aising) ~ untuk menyalut labu yang telah siap digoreng
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
1. Labu dipotong dadu dan direbus hingga empuk. Toskan airnya dan kemudian dilenyek.
2. Letak tepung sedikit demi sedikit. Agak2lah letak tepung tu ye..jangan kurang tepung nanti cucur labu berminyak. Bubuhlah sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng cucur labu sehingga kuning keemasan. Angkat dan kemudian gaulkan dengan gula halus.
Sedia dihidang..

Sup Kambing


Bahan-bahan:
500 gm tulang kambing
Sedikit rempah 4 sekawan(buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis&bunga lawang)
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 labu bawang besar ~ dikisar
1 inci halia ~di ketuk
1 batang lobak ~ dipotong dadu
1 biji kentang ~ dipotong dadu
1 biji tomato ~ belah 4
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Stok daging ~ kalau suka
Sedikit minyak ~ untuk menumis
Sedikit daun bawang dan bawang goreng ~ untuk hiasan.
Cara penyediaan:
Dengan menggunakan sedikit minyak, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih dan rempah serbuk sehingga naik bau wangi. Masukkan pula bawang besar, halia, tulang dan air. Biar sehingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak dan masaklah sehingga daging lembut. Masukkan garam dan serbuk lada hitam dan kalau suka sedikit stok daging. Akhir sekali masukkan tomato dan matikan api. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Chicken Salad


I like this for lunch,  It's a good way to get my kids to love eat vegetables... not only for lunch, anytime during a day as hunger strike, replacing the junk food....

Ingredients:
2 whole large boneless chicken breasts ~ bake or grill & diced
Lettuce leaves ~ rinsed, dried and torn into bite size pieces
1 tomato ~ seeded and diced
1 carrot ~ thinly sliced
1 onion ~ thinly sliced
Dressing:
3 tbsp olive oil
2 teaspoons sugar
1 clove garlic, minced
3 tbsp lemon juice
Salt and pepper (to your own taste)
Preparation:
Add all ingredients to a large bowl. Put dressing on salad immediately before serving...

Meehoon Goreng

Bahan-bahan:
Meehoon
Bawang putih ~ ditumbuk
Bawang besar/merah ~ ditumbuk
Udang kering ~ ditumbuk
Sedikit udang basah
Cili kering
Cili sos ~ secukup rasa
Taugeh
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Garam,gula(secukup rasa) dan sedikit serbuk pati ayam(kalau suka)
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Rendam meehoon sementara menyediakan ramuan untuk menumis.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing.
3. Masukkan cili sos dan udang. Kacau sebentar lalu dimasukkan meehoon yang telah direndam tadi.
4. Masukkan garam,gula serta serbuk pati ayam. Kacau rata. Kalau meehoon keras,tambahlah sedikit air.
5. Sebelum diangkat masukkan taugeh, kacau rata.
6. Angkat dan taburlah dengan daun bawang/sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidang.

Fruits Salad

This is just simple recipe .. but yummy.... it's very easy to make ..try it..

Ingredients:
1 apple ~ peeled, cored and sliced
1-2 sliced watermelon ~ seeded and cut into 1 1/2 inch chunks
1 orange ~ peeled and sliced
2 cups plain yogurt
Sugar to taste.
Preparation:
In a large salad bowl, combine fruits. Add yogurt and sugar, mix gently but throughly.
Refrigerate to chill just until slightly thickened. Ready to serve..

Spaghetti Tuna


Spaghetti tuna ni bln jan dulu buatnya..tapi tak sempat nak masuk kat dlm blog ni lagi.. senang je nak buat...
Bahan-bahan:
Spaghetti
Tuna dalam tin
3 ulas bawang putih ~ ketuk dan dicincang
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 biji tomato ~ potong dadu
Sedikit daun basil kering(kalau ada)
Tomato pes ~ secukup rasa
Garam dan gula
Stok ayam ~ kalau suka
Air ~ untuk merebus spaghetti
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan air di dalam periuk,masukkan sedikit garam dan minyak. Bila air mendidih masukkan spaghetti dan biarkan sehingga spaghetti lembut. Kemudian angkat dan toskan airnya..
2. Panaskan minyak dan tumislah bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan basil,bawang besar dan tomato.
3. Masukkan pula tuna dan tomato pes,kacau sebati. Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus tadi dan digaul rata. Masukkan sedikit stok ayam,garam dan gula secukup rasa.. Sedia untuk dihidang.

Bakso Abu Dhabi



Bahan-bahan:
Meehoon/mee kuning
Bebola daging ~ beli je yang dah siap
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan limau
Bahan Sup:
Bawang merah }
Bawang putih }
Sedikit halia } di tumbuk
Lada hitam }
Rempah untuk menumis ~ bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
Kiub daging
Garam
Tulang daging ~ kalau sup nak lebih sedap,terpulang pada anda.
Cara penyediaan:
Tumis bahan rempah(bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga&kulit kayu manis). Kemudian masukan bahan yg ditumbuk hingga wangi. Masukkan air bersama tulang..biarkan mendidih.Kemudian masukkan kiub daging,bebola daging dan garam secukup rasa. Masaklah hingga bebola2 daging tadi terapung atau masak sempurna.
Cadangan Hidangan:
Masukkan meehoon dalam mangkuk. Masukkan taugeh dan masukkan kuah sup. Kemudian letaklah bebola daging dan cili kicap.Akhir sekali taburkan bwg goreng dan daun sup&daun bawang. Gaul sebati...ready to serve.
*nak membuat cili kicap...cili api dan bawang putih ditumbuk.Masukkan kicap secukupnya..

Carrot Susu


Bahan2 untuk 2 gelas..

Bahan-bahan:
2-3 lobak merah ~ kalau jusnya pekat lebih sedap
Gula dan susu secukup rasa
Sedikit air
Sedikit ketulan ais

Cara penyediaan:
Lobak merah dibuangkan kulit, dibersihkan dan dipotong. Kemudian kisar lobak merah sehingga halus dan ditapis.Letaklah gula dan susu secukup rasa. Masukkan ke dalam gelas dan bolehlah masukkan beberapa ketus ais. Sedia untuk diminum..

Briyani Kambing - Resepi Sendiri

Bahan-Bahan:
1kg daging+ tulang kambing [mutton cut into large pieces (with bone is better) ]
Beras (Basmati rice)
5 ulas bawang putih(garlic) ~ dikisar
2 labu bawang besar(onions) ~ dikisar1 inci halia(1 finger sized ginger) ~ dikisar
1 batang kulit kayu manis(cinnamon sticks)
3 buah pelaga(cardamom pods)
3 kuntum bunga cengkih(cloves)
2 bunga lawang(star anise)
Arabic mix masala ~ kalau tak ada gantikan dgn rempah briyani
2 helai daun salam(bay leaves)
1-2biji limau kering (dried lemons )Sedikit daun ketumbar(coriander leaves) ~ dicincang
1 cawan yogurt( plain)
Garam secukup rasa (salt to taste )
1-2 sudu minyak sapi (ghee) ~ untuk menumis

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
2. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis.
3. Kemudian masukkan daun salam dan bahan yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan daging kambing.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sementara menunggu daging kambing masak...

Nasi:
1. Tanak nasi dengan air sehingga kering airnya.
2. Bila sudah kering airnya, keluarkan separuh dari nasi tersebut dan masukkan beryani kambing dengan kuahnya sekali secara berselang-seli dengan nasi sehingga habis.
3. Masak nasi tersebut semula lebih kurang 10-15minit.

Salad :
carrot, lettuce, timun,tomato dan bawang.

Raita(Sos yogurt):
1 cawan(cup) plain yogurt
2-3 ulas bawang putih (garlic) ~ dipotong dadu dan digoreng sehingga garing.
1 labu bawang besar (onion - chopped finely.
Sedikit daun ketumbar dicincing (fresh coriander leaves-chopped)
Garam secukup rasa(salt to taste)
Cara penyediaan:
Pukul yogurt sehingga agak cair kemudian masukkan semua bahan2 dan gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.












Sedia untuk dihidang.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.