Kuih Tepung Gomak

Sudah lama juga teringin nak makan kuih tepung gomak ni tapi selalu bertangguh aje. Bukannya apa untuk menyediakan abuk2nya(tepung kacang hijau) tu agak merumitkan sedikit. Di sini tidak ada jual tepung kacang hijau, jadi saya kenalah membuatnya sendiri. Oleh kerana hendak juga makan, maka terpaksalah merajinkan diri untuk membuatnya dan hasilnya, jadilah kuih tepung gomak di Abu Dhabi..

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama tie mencari resepi nie...sedapnya...nanti tie nak try buat...

Cendana Kasih berkata...

ooo...mende ni nama tepung gomak ker?...kita suka makan, tiap2 puasa mesti beli kat pasar ramadhan..

kerja sambilan berkata...

Antara yang tradisional dan masih disukai..

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera buat Saudari Raidah!

Kueh enak ini memang saya gemar dari kecil semasa berada di kampong di Singapore.Semenjak menjadi penduduk tetap di Belanda,tak pernah lagi merasa kueh ini.Berhajat nak buat sendiri(sebelum menjumpai resepi Raidah)hanya mengagak agak saja kerana semua bahan telah lama saya tahu.Malang nya kueh yang saya buat tak pernah menjadi bukan nya masok ke mulut tetapi dengan hati geram saya lemparkan semua bahan bahan yang di perlukan ke tong sampah(suatu perlakuan yang tidak harus di contohi)Berkali di masa setusnya saya cuba lagi tetap juga inti si gomak berserakkan merata tepong.Cuba juga menggentel dan akhir nya pecah terburai.Rupa rupa nya,setelah mengamati resepi Raidah,tepong gandum harus di sertakan bersama untuk memasak inti.Malam nya saya terus buat kueh bertuah ini menurut resepi Raidah kerana semua bahan yang dahulu(tepong kacang hijau memang mudah terdapat di Belanda)dan tepong pulut serta gula melaka memang selalu ada stok di dapor saya kerana saya gemar membuat kueh kueh traditional melayu.Saya mulakan dengan membaca " Bismillah". Saya riang sekali kerana tepong gomak yang saya gentel kali ini dapat masok ke mulut saya dengan semporna.Bawa tiga keping untok kawan kerja dan dapat pujian.Ini lah hasil nya jika kita memulakan pekerjaan dengan menyebut dahulu nama Allah kerana semua nya ada lah milik Nya.

Tapi tepong yang 500 gram terlalu sedikit untuk bahan inti yang boleh di gunakan untuk 1000 gram tepong(dari pengalaman percubaan saya)Tapi inti yang lebih akan saya gunakan untok tepong di hari muka(mungkin saya boleh melembutkan nya semula dengan memasak nya sekali lagi)

Unknown berkata...

Tahniah Puan.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.