Vegetable Manchurian - Malay Style

Bahan-bahan:

Bahan sayur-sayuran:
1 Bunga kobis (kira-kira 150g) - dipotong menjadi kuntum kecil
1 Biji lobak merah
1 Biji lada benggala
1 Biji bawang besar
1 tangkai daun bawang
1/2 cawan kacang pes
1/2 cawan jagung tin.
Kesemua sayur dan bawang dipotong dadu tapi jangan terlalu kecil.

Bahan untuk menyalut sayur-sayuran:

2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
2 sudu udang kering
2 ulas bawang kecil
1 biji telur
2 sudu minyak masak
Air
sedikit garam dan serbuk ikan bilis.

Cara penyediaan:

Kisar udang kering dan bawang kecil.kemudian campurkan kesemua bahan-bahan dan bancuhkan seperti membuat cekodok.masukkan kesemua bahan sayur-sayuran dan gaulkan sehingga rata.panaskan minyak dan gorenglah sayuran tadi sehingga kuning keemasan dan bolehlah diangkat.

Penyediaan sos:

2 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
3 ulas bawang kecil } dikisar
2 ulas bawang merah } dikisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.

Cara menyediakan:

Panaskan minyak dan tumislah bawang kecil dan bawang putih sehingga garing.masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.masukkan cili sos,bawang besar dan sedikit air.tambahkan garam dan gula secukup rasa.sedia untuk dihidang.

* sayur yang telah digoreng tadi,juga sesuai untuk anak-anak yang tidak makan pedas.

Tuna & Sosej Rolls



Resepi ni dari Puan Jeni di Riyadh...

Bahan-bahan:
Roti - ikut sebanyak mana yang dikehendaki.
sosej
sardin - 1 tin(ditumis dulu dengan bawang putih,bawang merah & cili,sedikit garam&gula secukup rasa)
Breadcrumbs
Tepung gandum
Air
Telur
Minyak

Cara penyediaan:
1. Roti tersebut di steam seketika atau dimasukkan ke dalam microwave selama 10-12 saat.
2. Keluar kan roti dari steamer atau microwave dan gelek roti dgn rolling sehingga roti benar-benar nipis.
3. Bila roti menjadi nipis, letak sosej atau sardin atau tuna mengikut kesukaan anda.
4. Kemudian gulung roti yang telah diletakkan inti tadi.sebelum sampai hujung gam kan dgn bancuhan tepung gandum & air.
5. Selepas tu celupkan roti tadi ke dalam telur dan golekkan roti ke dalam breadcrumbs dan goreng roti tadi sehingga kuning keemasan.sedia untuk dihidangkan.

Kuih Kerepek Gunting Goreng

BAHAN BAHAN

1 kg tepung gandum
2 cawan air ais
garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk mengoreng.

CARA MEMBUAT:

1. Air sejuk dari peti ais dicampurkan dengan garam dan masukkan ke dalam tepung.
2. Gaulkan tepung dan masukkan ke dalam beg plastik.
3. Perapkan semalaman.Kemudian uli tepung sehingga sebati. Candaikan sedikit dan masukkan ke dalam mesin mee. Gunting atau potong tepung yang dimesin tadi dalam 2-3 inci panjangnya.Panaskan minyak dan goreng kuih sehingga garing.
4. Kuih ini boleh dimakan dengan ditaburkan dengan gula castor atau pun ditumis dengan cili. (bahannya 2 sudu cili kering, 2 sudu udang kering, 2 tangkai daun kari,gula dan garam secukup rasa. Goreng kesemua bahan sehingga garing dan bolehlah dimasukan kuih yang telah digoreng tadi)

Kuih Bingka

BAHAN BAHAN

1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan telur
2 cawan santan

CARA MEMBUAT:

1. Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati(boleh juga dikisar)
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.bakar sehingga masak.

Kerabu Tauge

BAHAN BAHAN:

50 gm tauge1 labu bawang besar1 tangkai cili hijau1 tangkai cili merah10 biji cili api1 biji tomato1 batang serai1 sudu kerisik2 sudu udang kering1 sudu kecil belacan bakar3 sudu jus limau nipisGaram dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan air,bila mendidih jiruskan ke atas tauge.
2. Hiriskan cili hijau,merah,tomato dan serai.
3. Kisar cili api bersama udang kering dan belacan.
4. Semua bahan-bahan tadi dicampurkan dan digaul sehingga rata.Masukkan jus limau nipis,garam dan gula secukup rasa.sedia untuk dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.