Teh Tarik Abu Dhabi

Ketika membaca majalah sajiOnline, saya tertarik dgn satu rencana "teh tarik gaya hatyai"..bila dah baca tu teringin lah pulak utk mencubanya sendiri.. tinggal di Abu Dhabi, jadi saya namakan teh ni "Teh Tarik Abu Dhabi" hehehe..

Bahan-bahan:
Teh ~ secukupnya
Susu ~ secukup rasa
Air panas

Cara penyediaan:
1. Kembangkan teh di dalam bekas dan ketepikan.
2. Bancuhkan susu dengan air panas dan tarik sebagaimana menarik teh.
3. Selepas itu tuangkan susu tadi bersama buihnya sekali ke dalam gelas.
4. Kemudian tuangkan teh pekat ke dalam gelas tadi. Tuangkan perlahan-lahan supaya teh tidak bercampur dgn susu.
5. Kalau mahu nampak buih yang putih bersih, tuangkan baki buih susu tadi sebelum dihidangkan.
6. Bila nak minum, kacaulah susu dan teh tadi.

Mee Goreng Basah Sempoi

Hari ni terasa nak makan mee gorenglah pulak..memandangkan di sini sukar utk mendapatkan mee kuning..jadi saya gantikan dgn mee kering ( mee pinoy). Mee ni buatan filipina tu yg panggil mee pinoy..lagi satu daun sup jugak tidak pernah saya jumpa di Abu Dhabi ni..bila memasak tu hanya menggunakan daun bawang sajalah..
Bahan-bahan:
500 gm mee
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
100 gm isi ayam/daging
100 gm kobis
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Air
Minyak
Garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan isi ayam/daging. Masukkan air dan kacau rata.
3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap manis, dan kobis.
4. Kacau seketika dan letaklah sedikit serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah diangkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang.

Ayam BBQ


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong ikut suka
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 batang serai *
*semua bahan dikisar
3 sudu besar madu
2 sudu minyak masak
Garam
Sedikit gula (kalau tak cukup manis)

Cara penyediaan:

1. Basuh ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan semua bahan dan lumurkan pada ayam sehingga rata.
3. Perapkan selama 1 malam di dalam peti ais.
4. Panggang ayam di atas bara api atau di dalam oven.
5. Semasa proses memanggang, bolehlah sapukan ayam dgn lebihan bahan perapan tadi berulang-ulang sehingga ayam masak.
Hidangkan panas-panas.

Pulut Kuning Tanah Arab

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
3 keping asam gelugur/keping
2 sudu besar serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merendam pulut
1 biji kelapa ~ perahkan 3 cawan santan pekat
Garam
Gula

Cara penyediaan:
1. Cuci pulut kemudian rendam 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan dengan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga pulut separuh masak.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga masak
10.Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Bihun Goreng Merah


Bahan-bahan:
600 gm bihun ~ rendamkan lembut dan toskan
200 gm hirisan daging/isi ayam
2 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
4 sudu cili sos atau secukupnya
2 sudu sos tomato atau secukupnya
Taugeh secukupnya
Minyak
Garam dan gula
Serbuk pati ayam ~ kalau suka.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukan hirisan daging/isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan cili sos, sos tomato, garam, gula, serbuk pati ayam dan air.
4. Masukkan bihun dan kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh.
6. Gaulkan rata dan bolehlah diangkat.
Sedia dihidang.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.