Ikan Goreng Taucu

Bahan-bahan:
4 ketul ikan tenggiri ~ ikan2 lain pn boleh digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ dihiris
2 biji cili besar ~ dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucu ~ atau secukupnya
Air ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa(jika perlu)
Cara penyediaan:
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan sos tiram dan juga taucu. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan air dan masukkan asam keping/gelugor.
4. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula.
5. Bila kuah agak pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

Pengumuman

Puan Raidah selamat melahirkan baby girl pagi tadi. Disini disertakan photo anak kelima kami, anak perempuan pertama selepas 4 lelaki. Cerita disebaliknya boleh dibaca disini.. Harap pembaca sudi mendoakan kesihatan ibu dan anak. Resepi2 baru tetap akan muncul seperti biasa, byk lagi resepi2 beserta gambar2 masakan yang belum diupload lagi. Stay tune....

Posted by Helmis

Udang Lemak Labu

Bahan-bahan:
500 gram labu
Udang basah secukupnya
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
4 cawan atau secukupnya santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Buangkan kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan labu, bawang, serai dan serbuk kunyit dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan labu lembut dgn menggunakan api yg kecil.
3. Masukkan udang dan garam secukup rasa.
4. Didihkan sebentar dan tutupkan api.

Cucur Udang Timur Tengah

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
Udang ~ secukupnya
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 sudu bawang merah ~ dikisar
2 sudu udang kering ~ dikisar
1 cawan kubis ~ dihiris halus
1 cawan lobak merah ~ dihiris halus
2 sudu daun sup
1 sudu butter/mentega
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Gaulkan rata semua bahan (kecuali minyak dan udang) hingga sebati dan jangan terlalu keras. Tutup dan biarkan adunan selama 30minit.
2. Letak adunan ke dalam senduk/acuan dan letakkan udang diatas adunan. Goreng didalam minyak panas (yg banyak supaya terendam) hingga keemasan dan garing kulit luarnya.
3. Angkat dan toskan.
4. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

Tom Yam Ikan Susu

Bahan-bahan:
2 keping ikan susu (milk fish)
2 sudu pes tomyam*
1 batang serai di titik
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar di hiris
Cili api secukup pedas
1 biji tomato ~ direbus dan di kisar
Daun ketumbar
Perahan lemon/limau nipis ~ secukupnya
Air
* Saya guna Thai Chili Paste (Mae Pranom Brand)

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dlm periuk.
2. Masukkan tomyam pes,tomato, serai, cili api dan daun limau purut.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan biar sampai masak.
4. Masuk bawang besar, daun ketumbar jus lemon/limau nipis dan garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera...

Disebabkan ada ada teman ingin tahu macamana rupa ikan susu, ini suami saya tunjukkan..


Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.