Ayam Goreng Celup Tepung

Ayam goreng celup tepung ni buat untuk dimakan dengan nasi kerabu..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ buang tulang dan ambil isinya, potong memanjang

Bahan perap ayam:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil worcestershire sauce*
1 sudu kecil balsamic vinegar*
** Kalau tidak ada ke dua2 bahan * , gantikan dgn 1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa
~ Perap ayam dengan semua bahan diatas selama 1 jam. Kemudian toskan air lebihan yang keluar dari ayam tersebut.

Bahan untuk salut (batter)

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1 cawan @ secukupnya air
~ Satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
1 cawan tepung gandum ~ untuk menyalut ayam sebelum dimasukkan ke dalam batter.
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Ayam yg telah diperap dan ditoskan airnya tadi, disalut dgn tepung gandum.
2. Celupkan ayam tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng didalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan minyak.

Capati

Asyik makan roti canai je, sekali sekala tukarlah kepada capati pulak..Rasanya penyediaan untuk membuat capat lebih senang dari roti canai..

Bahan-bahan:

1 cawan tepung atta ~ dapat 4 keping roti
1/4 sudu teh garam
1/3 cawan air suam

Juga diperlukan:

2 sudu kecil minyak sapi atau butter/mentega
1/4 cawan tepung atta untuk mencanai doh

Cara penyediaan:

1. Campurkan/satukan tepung, garam dan air dan uli hingga menjadi doh.
2. Tutup dgn kain lembap. Biarkan doh rehat selama sekurang2nya 10 minit atau lebih.
3. Kemudian bahagikan doh menjadi 8 bahagian yang sama besar.
4. Leperkan doh dgn tangan dan celupkan ke dalam tepung yang kering di kedua2 belah bahagian.
5. Canaikan doh sehingga nipis, lebih kurang 6 inci.
6. Panaskan kuali dgn menggunakan api yg kecil. Bila kuali panas masukkan roti.
7. Setelah roti bertukar warna dan sedikit mengelembung, terbalik roti.
8. Setelah 1 - 2 minit, terbalikkan sekali lagi roti.
9. Kemudian dengan menggunakan senduk, tekan roti supaya ianya mengembung bulat.
10. Pusingkan sekali lagi dan bolehlah diangkat.
11. Sapukan dgn sedikit ghee/butter.

Adunan yg telah siap dibancuh

Leperkan sedikit doh dan gaulkan dgn tepung sebelum dicanaikan

Canai sehingga nipis.

Proses membalik2kan capati

Capati yang sudah sedia untuk diangkat.

Kari Ayam Kacang Kuda(Chickpea)

Kari ayam dgn kacang kuda ini saya buat untuk dimakan dengan capati. Resepinya sama seperti membuat kari2 yang lain, cuma saya menambahkan kacang kuda dan saya tidak meletakkan santan dalam kari.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ potong kecil
100 gm kacang kuda (chickpea) ~ rendam dan rebus sehingga betul2 lembut
2 biji bawang besar ~ 1 biji dipotong dadu dan 1 biji ditumbuk/kisar
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
1/2 inci halia ~ ditumbuk/kisar
2 sudu serbuk kari ~ bancuh sedikit dgn air
1 sudu cili kisar (kalau nak tambah pedas)
2 biji tomato ~ dicincang halus
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping/gelugur
Sedikit rempah 4 sekwn bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
Garam dan gula
Minyak

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekwn dan bahan2 yang ditumbuk/kisar sehingga wangi. Masukkan bawang yg dipotong dadu, daun kari dan cili kisar, goreng seketika.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan juga tomato. Masak sehingga terbit minyak.
3. Masukan ayam dan biarkan sehingga ayam kecut.
4. Hancurkan sedikit kacang kuda yg telah direbus tadi dgn sudu(kalau tak nak hancukan pun tak apa), kemudian masukkan ke dalam kari. Masukkan air, asam keping dan kacau rata. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
5. Bila sudah mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Bila rasa semua dah ok, matikan api.
***Kuah bergantung kepada citarasa. Boleh juga gantikan dgn santan utk menambahkan lagi kesedapan.

Kabsa Ayam Lagi..

Sebulan sekali memang saya akan membuat nasi kabsa. Senang sgt nak membuatnya. Baru ni saya cuba pula memasaknya dengan menggunakan periuk tekanan (pressure cooker). Kali ni, saya memasaknya dgn menggunakan bahan yg ada dlm peti sahaja.

Mula2 tumis bahan2 rempah dan tomato(saya guna 3 biji tomato yg disagat). Setelah bahan2 rempah terbit minyak, masukkan ayam(saya potong kecil) , 2 btg lobak yg dipotong besar2, 3 biji cili api, garam, sedikit gula dan air panas secukupnya. Tutup periuk dan masak selama 8-10 minit. Kemudian masukkan beras, capsicum hijau, kismis dan gaulkan bersama ayam. Letaklah air secukupnya(kalau kuah ayam tadi tidak mencukupi). Setelah nasi kering, tutup kembali periuk dan biarkan masak selama 20 minit. Gunakan api perlahan untuk mengelakkan nasi berkerak. Tutup api dan biar nasi masak penuh hanya dgn kepanasan dan tekanan yg ada didalam periuk.

Resepi nasi kabsa ada di sini..

Lempeng Pisang

Bahan-bahan:

5 biji pisang ~ saya guna pisang berangan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Strawberry secukupnya untuk bahan taburan (Optional)
1/2 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula atau secukupnya
Sedikit garam
Sedikit butter

Cara-Caranya:

1.Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
2. Panaskan 1/2 sudu kecil butter, kemudian, ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali.
3. Leperkan dan letakkan hirisan strawberry di atas lempeng.
4. Masak hingga garing dan balik-balikkan untuk mendapatkan hasil yang cantik.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.