Char Kuew Teow UAE

Baru-baru ni suamiku ada flight gi kl. Jadi dapatlah peluang utk membeli stok brg2 yg sukar didapati di sini..antara yg tidak ada dijual di sini adalah kueh teow basah, daun kucai dan daun sup...

Bahan-bahan:
500 gm kuew teow
1 mangkuk isi ayam yg direbus dan dicarik2
Sedikit daun kucai
1 cawan hirisan kobis
1 tauhu basah ~ goreng dan potong kecil
2 sudu besar atau secukupnya cili mesin
3 ulas bawang putih ~ ketuk
4 sudu besar atau secukupnya kicap manis
5 sudu besar sos tiram
2 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara penyediaan:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin, goreng sehingga garing . Masukkan kicap dan sos tiram.
3. Masukkan isi ayam dan air, kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tauhu, kobis dan kucai.
5. Pecahkan telur. Kacau rata dan tutup api.

2 ulasan:

debun.ga berkata...

ni betol2 sdp ni.. nampak byk rempah
Godek Blog

Hjh Hasnah bt Abdullah berkata...

dapatkan kicap char koey teow - kini sedia ckt hanya guna kicap & cili kisar taanpa lainx peasa tambahan. sebotol baru RM4.90 anda boleh menyediakan ckt dalam masa 5 minit sahaja (untuk malaysia sahaja)

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.