Pedal Goreng Cili Merah/Besar

Suami saya suka makan pedal. Bila beli pedal, biasanya saya akan masak sambal dgn menggunakan cili kering atau cili api. Kali ini saya menggunakan cili besar pula.

Bahan-bahan:
300g pedal ~ cuci bersih, potong 2 dan saya hiris2 jgn sampai putus
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
5-8 biji cili merah/besar**
**dikisar/tumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Air
Minyak.

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak. Gaulkan pedal dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng pedal hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan tadi, tumiskan bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan sedikit air, bawang besar, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
4. Bila bawang agak layu, matikan api. Masukkan pedal yg telah digoreng tadi, gaulkan rata dgn sambal dan angkat.
**Pedal yg digoreng akan liat sedikit. Kalau tak goreng pedal pun boleh, tumiskan bahan kisar hingga garing dan masukkan pedal. Masak pedal sehingga masak.

1 ulasan:

:: butterfly :: berkata...

yummy!! kak, hampir sminggu skali sy msti msk pedal goreng cili api. bukan hantu pedal tp hantu cili api eheheh

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.