Ayam Goreng Celup Tepung

Ayam goreng celup tepung ni buat untuk dimakan dengan nasi kerabu..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ buang tulang dan ambil isinya, potong memanjang

Bahan perap ayam:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil worcestershire sauce*
1 sudu kecil balsamic vinegar*
** Kalau tidak ada ke dua2 bahan * , gantikan dgn 1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa
~ Perap ayam dengan semua bahan diatas selama 1 jam. Kemudian toskan air lebihan yang keluar dari ayam tersebut.

Bahan untuk salut (batter)

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1 cawan @ secukupnya air
~ Satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
1 cawan tepung gandum ~ untuk menyalut ayam sebelum dimasukkan ke dalam batter.
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Ayam yg telah diperap dan ditoskan airnya tadi, disalut dgn tepung gandum.
2. Celupkan ayam tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng didalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan minyak.

4 ulasan:

~iRR@~ berkata...

blh tak kalau nak guna ikan daripada guna ayam?

Idahelmi berkata...

Salam. Boleh kalau nak guna ikan atau pun makanan laut yang lain.

Ahmad Haikal Muzzamil berkata...

guna benda yang boleh dimakan boleh tak?

Notami berkata...

cmne nk bagi tepung tu jadi rangup ye?

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.