Kuih Kole Kacang

Sepertimana kuih tepung gomak, kuih kole kacang ini bagi saya agak rumit juga untuk membuatnya. Terpaksa membuat tepung kacang hijau terlebih dahulu kerana di Abu Dhabi ini tidak pernah terjumpa oleh saya, pasaraya yang menjual tepung kacang hijau ini. Terlebih kuning(masak) ketika menggoreng kacang hijau menyebebkan tepungnya menjadi coklat dan hasil kuihnya menjadi sedikit gelap. Saya mencuba resepi dari my resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan pati santan/santan pekat ~ untuk membuat tahi minyak
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula merah
2 sudu atau lebih gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam.

Cara penyediaan:

Untuk tahi minyak:

1. Dengan menggunakan api yang sederhana, masak pati/santan pekat sehingga menjadi tahi minyak.
2. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyak yang ada didalam kuali tersebut.(kuali ini nanti akan digunakan utk memasak kuih)

Kuih kole kacang:

1. Masak gula merah, gula pasir dan daun pandan bersama air sehingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Masukkan tepung kacang hijau, santan, air gula merah dan garam ke dalam bekas yang sesuai dan kacau sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam kuali yang berisi lebihan minyak tadi. Masakkan adunan dengan menggunakan api yang sederhana. Hendaklah dikacau selalu supaya adunan/kuih tidak bergentel.
4. Masak kuih sehingga pekat. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam bekas atau loyang.
5. Bila kuih telah sejuk, taburkan tahi minyak dan barulah dipotong.

7 ulasan:

lina berkata...

salam raidah - sedap nyer ni kuih kesukaan

Cendana Kasih berkata...

saya pun suka kuih ni...selalu beli kat pasar tani..tak pernah buat lagi sbb malas nk buat tahi minyak tu..

Unknown berkata...

sukanya kueh ni,,,,

aeshcame berkata...

kuih ni mcm pernah nampak tp x pernah rasa..hehehe best la resepi2 sini..terima kasih kongsi..

Tanpa Nama berkata...

tgah tgu kuih kole kcg sy sejuk..thanks!

Liza Azahar berkata...

Assalamualaikum!

Bagaiman caranya you hasilkan tepung kacang hijau. Digoreng dulu kemudia kisar. Kisar menggunakan Grinder or tumbuk!

norsadira berkata...

SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.