Ayam Sos Tiram

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ potong kecil
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 biji bawang merah ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
4 biji cili api ~ belah 2
1 batang karot ~ dihiris
2 sudu mkn sos tiram
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, halia dan cili api, goreng sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan biarkan ayam sehingga kecut. Kemudian masukkan sos tiram dan air, biar sehingga ayam masak. Tambahkan garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan pula karot dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat.
4. Hidang dgn ditaburkan dgn hirisan daun bawang.
** ayam boleh juga digoreng dahulu dan masuk bersama karot dan bawang besar.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.