Nasi Kabsa Kambing/Ayam

Saya belajar membuat nasi kabsa ini dari blog kawan dan juga resepi2 yang saya cari dari internet. Disini kalau nak makan senang je banyak jual di kedai2. Tapi kena belajar juga membuatnya supaya bila dah balik m'sia nanti, sesekali teringin nak mkn senang...

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

Nasi ini dimakan bersama ulam-ulaman dan ulam yang terkenal di sini ialah "daun jarjeer".

23 ulasan:

E-na Zarina berkata...

Kena cari rempah kabsa la dulu yek, baru boleh buat nasi ni...kan

raidah berkata...

Salam E-na, rempah kabsa tu saya buat sendiri. Resepinya ada di lebel di rempah ratus..

akakerin berkata...

salam raidah,
nanti kak erin pun nak cuba buat resepi ni. terimakasih sebab sudi kongsi resepi!

Tanpa Nama berkata...

Salam.cuma nak confirmkn..maknanya ayam tu masak dgn nasi ya?

Idahelmi berkata...

Salam..

Ya, ayam/kambing dimasak sekali dengan nasi.

Unknown berkata...

salam raidah,
kite buat ni lunch td.. sgt hepi coz nasik khabsa ni disukai ramai :)

thanks 4 sharing :)

Tanpa Nama berkata...

salam kak raidah
lemon kering / hitam tu mana nak dapat?past di cucuk tengah2? tak faham la bleh terang kan sikit

Tanpa Nama berkata...

resipi ni untuk berapa orang ek? kalau lemon hitam kering tak ada, boleh diganti dengan apa ye?

raidah berkata...

Salam Tanpa nama..

~ Kalau di Malaysia, cuba cari lemon kering dikedai2 India atau di pasaraya2.
~ Cucuk lemon ditengah2 maksudnya buatkan lubang kecil supaya rasa lemon tu nanti keluar apabila dimasak.
~ Kalau 3pot beras tu bolehlah sekali mkn dlm 4org.
~ Kalau tak ada lemon kering hitam, blhlah gantikkan dengan lemon kering biasa yg berwarna coklat/brown tu.Kalau dah tak jumpa juga tak letak pun tak apa.

Tanpa Nama berkata...

Salam puan raidah, tq atas resepi yang sungguh jujur dan sangat sedap ni.Saya dan suami memang penggemar masakan arab. Jadi menu masakan ni saya dah buat 3 kali,hasilnya memang best sgt! saya pn seronok sgt tgk hubby mkn bertambah2.hehe..mohon izin dicopy ke blog saya yer.thanks again!

fialisya berkata...

salam pn raidah..trima kasih ye..resepi ni...saya da buat nnn rasanya sedap sangat...tak rugi belajar kat blog pn ni...susah nak cari respi yang betul-betul jujur...thanks...

Faezz berkata...

Syukran... nasi kabsa ni first time saya dengar dan first time saya masak dan first time saya makan... mmg sedaaap tersangat2... osem! satu family puji saya masak nasi ni... makan bertambah2... terima kasih sbb sudi share resepi ni... Ingat nak buat bisnes jual nasi ni lah, hehe bole kan....

Zil berkata...

salam..sy ada rempah2 arab n bijian arab yg mmg import dari arab. jd sy buat jualan melalui online. penghantaran melalui pos. rempah kabsa, mandy,madghut, shawarma, zafran dll. klu ada yg berminat boleh la sms sy k..0172794099.
packaging 500gm - 1kg. harga rm15 -rm20. klu nak tnya brg2 lain..sms jer laa ek.. :) terima kasih

NEKCIK berkata...

Salam kenal Raidah...Suami Nekcik memang suka masak nasi Kabsa ni..dan semua orang suka..dah berkali kali masak ....

ummukhadeeja berkata...

Slm perkenalan..suka sgt resepi ni..dh cuba..my hubby love it..tq sharing:)

Al-Manar berkata...

Salam puan....boleh beritahu beza nasi khabsa dan Mandy....saya mcm confused .tq

Irfanayla berkata...

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

watie abdul berkata...

Salam puan masak nasik ni pakai periuk ape ye tq

Unknown berkata...

Saya selalu juga masak nasi khbshah ni... anak2 suka sgt.. kel kami mmg ramai yg ada catering... mmg marvelous..

diaridihatiku berkata...

Salam Raidah...
Kak Ct mohon izin nak post pada kawan2 resepi yang sedap nie...
Mekasih..
.

Unknown berkata...

Alhamdulilah pn raidah..tqsm atas pengkongsian nasi kabsa ayam yg sememangny sedap😋minggu lps saya masak trus menjadi..suami dan anak2 tk berhenti memuji dn bertanya dari mana saya dpt resipi ni👌🏽dh bersiap utk masak lagi nasi kabsa utk raya haji esok..smuga bertambah rezeki dn kesihatan pn raidah d atas kesudian berkongsi resepi👏🏼👏🏼

hajahjam berkata...

Tq...resepi baru terjumpa blog ni. Halalkan ye

Unknown berkata...

Setiap kali nak makan nasi kabsah, saya akan cari blog ni. Terima kasih yer kerana kongsikan resepi yg sedap

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.