Sotong Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
250 gm sotong ~ potong bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar ~ ditumbuk
10 ( kurang @ lebih ) cili api ~ di tumbuk
1 biji bawang besar ~ belah 8
1 biji tomato ~ potong dadu
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga agak garing. Kemudian masukkan tomato dan sos tiram.
2. Masakkan tomato sehingga masak dan masukkan sotong, kacau rata.
3. Masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Kacau 2-3 minit dan bolehlah diangkat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kite memang minat sutun sutun nie.. masak macam nie mesti best nie :)
leh laa try ni..
Catat Ulasan