Bila membuat mee, anak2 suka dan rajinlah nak menolong. Biasalah anak2 rajin menolong tu sebab nak main dengan tepung yang sebenarnya. Masing2 mulalah ambil sedikit doh yg telah siap untuk dijadikan mainan. Dalam main2 tu, mereka ni tolong juga ibunya pusing mesin mee. Kalau tidak penatlah ibu buat sorang2. Resepi mee kuning saya cari dari myresipi.
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Air**
Air**
**Sukatan untuk air ~ 1 biji telur + air = 220ml . Kemudian campurkan air kapur, garam dan kunyit.
Sedikit tepung untuk taburan
Minyak secukupnya.
Sedikit tepung untuk taburan
Minyak secukupnya.
Cara penyediaan:
Uli tepung dgn tangan:1. Ayak tepung ke dalam mangkuk, buat lubang ditengahnya.
2. Masukkan campuran/bancuhan air tadi ke dalam lubang tepung yg dibuat tadi.
3. Uli sehingga sebati dan doh menjadi kenyal.
Menggunakan mixer (saya guna yg ini):
~ Masukkan tepung ke dalam mixer. Campurkan bancuhan air dan 'on' kan mixer dan uli sehingga menjadi doh.
Menggunakan mixer (saya guna yg ini):
~ Masukkan tepung ke dalam mixer. Campurkan bancuhan air dan 'on' kan mixer dan uli sehingga menjadi doh.
**Doh mee agak kering dan keras.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Ambil 1 bebola, leperkan sedikit kemudian masukkan ke dalam mesin (gunakan no 1)
6. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin.
7. Kemudian pilih ketebalan yg dikehendaki (saya gunakan no 4) untuk menggelek terakhir sebelum dimasukkan ke bahagian mee.8. Sapukan sedikit tepung diatasnya sebelum dimasukkan ke bahagian juraian mee supaya mee tidak melekat.
9. Ulangi membuat sehingga semua doh habis.
10. Setelah habis membuat mee, panaskan periuk. Setelah air mendidih, masukkan mee dan rebus/celur sekejap saja. Lebih kurang 2-3 minit.(Rebus/celur mee sedikit2, jgn letak semua sekali).
11. Tapis mee dan cuci dgn air paip. Toskan.
12. Kemudian gaul mee dgn sedikit minyak untuk mengelakkan daripada melekat. Bolehlah digunakan untuk membuat pelbagai masakan mee.
11. Tapis mee dan cuci dgn air paip. Toskan.
12. Kemudian gaul mee dgn sedikit minyak untuk mengelakkan daripada melekat. Bolehlah digunakan untuk membuat pelbagai masakan mee.
5 ulasan:
cantiknyer mee...tq ye resipe
terima kasih. sy copy resepi yer. :D
Salam semua,
Dulu saya pun tak pandai buat mee kuning nie, tapi lepas ambil kursus sendiri & belajar dari yang pakar, sekarang ni dah semakin mahir. & Alhamdulillah, Dah pun berjaya hantar kat restoren berhampiran rumah.
Minta izin tuan punya blog, nak buat promosi ckit kat sini, Khas untuk pelanggan sekitar Kota bharu/Wakaf bharu (Kelantan) dan lokasi berhampiran sahaja.
Saya sedia menerima tempahan Mee Kuning (saiz lebih kecil/halus/nipis dari mee kuning biasa)
Rasa lebih enak , mudah sebati & serasi dengan masakan anda dan lebih memuaskan hati. Pelanggan kami lebih gemarkannya.
Yang paling penting ! Tanpa bahan pengawet.
Saya juga sedia terima tempahan Mee kuning Leper jika diminta.
So, sesaper yang berminat untuk mendapatkannya , sila call "Kak Yah" untuk buat tempahan dulu yer , no saya nie : 09-7191877 @ 013-4433042.
atau email saya di globalincomes@gmail.com
Lokasi saya di : Lot 1722,Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu,Kelantan.
Salam. :D
saya nak tanya..kenapa saya buat mee ni tak jadi bulat cantik?resepi n cara2 sama..dulu2 pernah buat..ok.skrg buat dah tak jadi bulat.dah tey rwbus lama sket pun sama..saya rebus sedikit2.t.kasih.
macamana nak dapatkan mee yg bulat sempurna?saya buat tak jadi bulat.petak mcm selepas masuk mesin tu..cuma kembang je sket selepas direbus.kat mana silapnya agaknya ya.harap dpt membantu.tq.
Catat Ulasan