Pes Cili Dan Pes Bawang (Homemade)

Semenjak ada anak kecil ni, saya memang sentiasa menyediakan pes cili dan pes bawang. Tujuannya adalah utk memudahkan kerja memasak. Tak perlu lagi nak menunggu lama utk menumis cili ataupun bawang. Maka bolehlah saya menumpukan lebih perhatian kepada sikecil dan juga abg2nya...

Bahan-bahan:

100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.


Bawang putih, bawang merah dan cili yg dipotong sedang digoreng..


Bahan yang telah dikisar dan digoreng semula..



Pes cili yg sedia untuk digunakan..



PES BAWANG

Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

13 ulasan:

Azura Suhaimi berkata...

Salam kak, menarik pes ni, tks ye...mmg sumber ilham ;)

Ruziawati Bukhari berkata...

salam kak..

ye betul.. pandai betul akak memasak.. xpert! bertuah suami dan anak2 akak.. mmg akak menjadi sumber inspirasi!!

Nurul Aisyah berkata...

Salam kak Raidah,

Berapa lama pes cili & bawang ni tahan disimpan? Simpan di peti sejuk ke? Sy nak cuba coz sy bekerja & memasak untuk suami & anak2, namun adakalanya kerja-kerja mengediakan rempah ni terasa amat remeh & memakan masa..

Terima kasih kerana memberi sy idea yg hebat ni..

Idahelmi berkata...

Salam,

Pes cili & bawang ni boleh tahan sehingga 2 ke 3 minggu tapi kenalah simpan dalam peti sejuk.

Tanpa Nama berkata...

salam...boleh i tahu tak pes cili n bawang nie sesuai utk apa ya?

raidah berkata...

Salam..

Pes bawang & cili sesuai utk memasak sambal tumis, sayur2an, nasi goreng dan untuk semua masakan yg bertumis..Bertujuan memudahkan kerja memasak..

Mohd Fuad Bin Abd Kadir berkata...

salam.. kak.. kenapa x pakai bawang kecil?

Unknown berkata...

Salam
Best dapat ilmu untuk buat pes.InsyaAllah akan saya gunakan nanti.Mohon halalkan ilmu.

Sudi singgah rumah saya pula.=)
www.aishukri.blogspot.com

D'ZB USRATI berkata...

Terima kasih kerana perkongsian ilmu.Mohon halalkan ilmu yg sy ambil.

Unknown berkata...

Terimakasih berkongsi ilmu.. mintak di halalkan yer..

Unknown berkata...

Terimakasih berkongsi ilmu.. mintak di halalkan yer..

Unknown berkata...

Minta halal...tq sharing

Kak Bee berkata...

Assalamualaikum... Bawang besar tu, bawang merah besar atau bawang holand?

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.