Mee Hoon Sup Kambing Simple

Ini satu lagi resepi simple..senang je rebus2 pas tu bolehlah makan..tapi bahan2 utk garnishing tu tak lengkap.. so apa2 yg tak cukup sila tambah sendiri ya, terpulang kepada individu utk menambahnya..
Bahan-bahan:
Mee hoon ~ dicelur dan ditoskan
500g tulang kambing ~ dibersihkan
2 biji bawang besar ~ dikisar
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu
Sedikit kobis cina(optional)
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 cm halia ~ dihiris
*Serbuk sup ( boleh juga gunakan rempah sup biasa atau sup bunjut)
Air ~ secukupnya.
Cara penyediaan:
1. Masukkan tulang ke dalam periuk bersama-sama air secukupnya.
2. Masukkan bawang kisar, halia dan bawang besar.
3. Rebus tulang hingga empuk, masukkan serbuk sup, tomato dan ubi kentang.
4. Apabila daging betul2 empuk dan ubi pun dah masak, masukkan kobis cina.
5. Bolehlah matikan api dan dihidangkan.
6. Untuk makan, bubuh mee hoon dalam mangkuk taburlah daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Tuang sup panas2 dan letak sedikit cili kicap.
* Serbuk sup tu mak mertua yg perkenalkan, bawak dari Parit Buntar. Sup tak payah tumis dan letak garam dah coz semuanya dah ada dlm serbuk sup tu.

Ayam Cendawan Butang

Bahan-bahan:
150 gm cendawan butang segar ~ dihiris
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ditumbuk
1 inci halia ~ dihiris
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
3 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah serta halia.
2. Masukkan ayam dan goreng ayam sehingga masak.
3. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk pati ayam, cendawan dan bancuhan tepung jagung.
4. Tambahkan sedikit air jika ingin berkuah.
5. Masukkan garam secukup rasa, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Tumis Telur

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.
4. Masukkan bawang hiris, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.
*Kalau yg suka bawang hiris betul2 masak, masukkan bawang hiris semasa menumis cili.

Ikan Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Ikan ~ bersihkan dan dikelar
Sedikit sebuk kunyit
Sedikit pati ayam
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, garam, pati ayam dan tepung jagung.
Panaskan minyak dan gorenglah ikan sehingga masak dan kuning keemasan.
Sedia dihidang.
* Enak dimakan bersama bawang, hirisan timun dan sambal belacan.

Kari Kepala Ikan Abu Dhabi


Bahan-bahan:
Kepala ikan ~ ikan yg saya gunakan ni ikan kerapu
4 sudu rempah kari ~ bancuh dgn sedikit santan/air
5 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
1 sudu halba campur
Sedikit rempah tumis ~ buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 tangkai daun kari
Air asam jawa ~ secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit pati ikan bilis ~ kalau suka
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan halba campur, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari.
4. Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan santan, air asam jawa dan biarkan mendidih.
6. Kemudian barulah masukkan kepala ikan, biarkan mendidih dan perlahankan api.
7 .Letaklah garam, gula dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa.
8. Bila kuah sudah agak pekat, bolehlah matikan api.9. Angkat dan hidangkan panas-panas.
* Lebih sedap kalau ditambah sayur bendi atau terung, tomato dan cili hijau/merah.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.