"KARAK TEA" (TEH PANAS)

Pada mulanya saya dan suami ingatkan apa "KARAK TEA" yang dijual di gerai2 minuman dan makanan ringan semasa pergi ke Global Village(tpt jualan brgan dr berbagai2 negara), di Dubai. Semasa membeli teh, suami bertanya kepada penjual minuman(yang kebanyakannya mamat bangla). Rupanya teh panas, tapi tehnya direbus dgn buah pelaga dan juga saffron. Bila balik ke rumah saya cuba membuatnya pula..Sedap lagi teh yg saya buat sebab teh yg dijual tu kurang manisnya..



Bahan-bahan:

Untuk 1 gelas teh ialah,

1 sudu besar serbuk teh (teh uncang pun boleh)
2 biji buah pelaga
Sedikit/secubit saffron
Gula secukupnya
Susu cair

Cara saya membuat teh:

1. Masak air sehingga mendidih (saya guna cerek elektrik).
2. Masukkan teh, buah pelaga dan saffron ke dalam kole/cerek. Kemudian didihkan kembali di atas dapur.
3. Tapis teh ke dalam gelas/ cawan dan letaklah susu dan gula secukup rasa.
*** Boleh gunakan susu pekat manis.





Susu cair yang popular di sini.

1 ulasan:

cheguman berkata...

Safron mmg byk khasiat tapi tidak boleh diambil berlebihan. 3 helai utk 100-500ml air dah mencukupi. Kami ada safron iran gred A di www.morha.my.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.