Telur Masin (Homemade)

Bila di perantauan ni, banyak makanan kena buat sendiri..Macam telur masin, bila rasa teringin nak makan rajinlah membuatnya..Biasanya telur masin yg saya buat, dalam masa 15 hari bolehlah direbus. Guna telur ayam je, mana nak cari telur itik..

Bahan-bahan:

6 biji telur
Garam kasar ~ dalam 1/2 - 1 cawan
Air ~ dalam 1/2 liter
Cara saya menyediakan:

1. Bersihkan/basuh telur (saya guna span bahagian yg kasar)
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut. Saya akan tambah garam sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi airnya betul2 masin.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. (simpan kat luar, bukan dlm peti ais)
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan.

Telur masin yang telah direbus..

4 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam..
Oh oh oh baru hari ni taw telur ayam boleh juga dijeruk masin..eh, yang kaler putih tu telur ayam juga keee...?

raidah berkata...

Salam Sue,
Telur ayam boleh juga dijeruk masin tapi rasanya lain sedikit dgn telur itik..telur putihnya lembut dan tidak keras mcm telur itik tu..
Telur yg berwarna putih tu pun telur ayam juga..

Tanpa Nama berkata...

good work!

bravo!

thanx 4 d sharing...

Tanpa Nama berkata...

telur ayam tu tak pecah ke kalau jeruk lama2 mcm tu?? saya dgr pandai pecah..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.