Masak Lemak Tenggiri Dengan Brokoli

Brokoli merupakan sayur kegemaran anak sulung saya. Masak lemak ni saya buat tidak pedas sebab anak bujang saya tu tak kuat makan cili. Saya menambahkah sedikit bawang putih dan juga halia.

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
200 gm brokoli
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
10 biji cili api (resepi ni saya tidak letak cili)**
**ditumbuk
2 batang serai ~ diketuk
2 keping asam keping
4 cawan atau secukupnya santan
Garam secukup rasa dan sedikit gula

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk, santan, asam keping dan serai ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan biarkan sehingga masak. Sentiasa mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pula brokoli dan masak selama 3 minit, tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Bolehlah diangkat.

4 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam...
Ohhh..saya sukeee brokoli..biasa masak sayur kacau goreng jeee....Good idea

HoneyBUZZin berkata...

sedapnyer.....kreatif lagi!

mama atiq berkata...

x pernah lg masak lemak brokoli mesti sedap nih...

Zana berkata...

saya selalu masak lemak dengan kailan...tak pernah dengan brokoli...buleh cuba nihhhhh

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.