Rendang Ikan Masin Talang

Saya masih ingat lagi, resepi ni selalu dibuat oleh arwah mak. Saya tolong sikit2 je masa arwah mak buat. Beliau menyusun batang2 lengkuas/kantan didalam kuali, sebelum meletakkan ikan masin, santan dan juga bahan2 lain. Kemudian kuali ditutup dgn daun2 kunyit sebelum ditutup pula dgn tudung periuk. Ikan dimasak dgn api perlahan sehingga kuahnya kering. Di Abu dhabi ni tak ada batang lengkuas/kantan dan daun kunyit, jadi saya masak mcm msk rendang biasa jelah.Rendangnya sama mcm rendang lain tapi tidak menggunakan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang.

Bahan-bahan:

500 gm ikan talang masin (isi dan tulang) ~ potong lebar dlm 3 jari
2 biji/labu bawang besar**
5 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 inci lengkuas**
20 biji (lebih atau kurang) cili kering**
**
Semua bahan dikisar
3 batang serai ~ diketuk
3 keping atau secukupnya asam keping
1 helai daun kunyit ~ dimayam (saya tak letak)
2 sudu besar kerisik
3 cawan santan
Sedikit gula.

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan kisar, ikan masin, serai, asam keping dan santan ke dalam kuali. Gaulkan rata.
2. Masakkan ikan dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat.
3. Letak gula secukup rasa, rasakan masam, masinnya. Kalau tak masam boleh ditambahkan lagi asam.

4. Akhirnya masukkan kerisik dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan sehingga kuah betul pekat.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.