Sambal Tumis Telur

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.
4. Masukkan bawang hiris, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.
*Kalau yg suka bawang hiris betul2 masak, masukkan bawang hiris semasa menumis cili.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru dapat resepi sambal telur yang dicari..thanks..

Tanpa Nama berkata...

tq resepi..sy nk wat esok..mertua datang..huhuhuhh..sy xpandai msak

Tanpa Nama berkata...

saya dulu pun tak pandai masak@malas juga,tapi lama2 suka pulak sebab ada improvement dan ada org puji sikit2,bagi semangat.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.