Baked Potato

Bahan untuk 1 biji kentang:

1 biji kentang
2 sudu kecil butter/mentega
1/4 cawan mozzarella/cheddar cheese
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh minyak zaitun
Bahan inti seperti coleslaw, jagung, baked beans dan lain2.

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven 190'C. Bersih/basuh kentang dan keringkan.
2. Cucukkan dgn garfu/pisau dikeliling kentang. Kemudian sapukan dgn sedikit minyak zaitun dan taburkan garam.
3. Letakkan dlm oven dan bakar/panggang selama 1 ke 2 jam(bergantung pada saiz kentang) atau sehingga lembut dan kulit kentang kuning keemasan/garing.
4. Selepas kentang dikeluarkan dari oven, belah kentang dibahagian tengah, jgn sampai putus. Kemudian pegang di dua2 belah hujung kentang dan tekankan kentang supaya terbelah/terbuka.
5. Dengan menggunakan garfu, kacau2kan isi kentang supaya ianya menjadi lembut.
6. Taburkan garam dan lada hitam serta masukkan inti kentang mengikut citarasa seperti coleslaw, jagung, baked beans, hirisan bawang besar, hirisan tomato dan lain2.
7. Akhir sekali taburkan dengan parutan cheese, butter dan bakar semula selama 5 minit atau sehingga cheese cair.


~ Kentang yang telah siap dibakar.

~ Potong kentang. Kemudian pegang dibahagian hujung dgn kain dan tekankan supaya kentang terbuka. Dengan menggunakan garfu, kacau2kan isi kentang supaya ianya menjadi lembut.

~ Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam(papper). Kemudian letaklah coleslaw, jagung, cheddar @ mozerella @ sour cream, 1 sudu butter dan bakar/panggang semula selama 5 min @ hingga cheese cair.

Kentang yg telah siap dibakar/panggang dgn cheese dan bahan2 sampingan lain. Sedap dimakan ketika panas-panas..

Gulai Labu Daging Salai

Bahan dan cara saya membuat daging salai..
500gm daging, 1 sudu besar serbuk kunyit, 1 sudu besar serbuk bawang putih(garlic powder) dan garam secukupnya. Perap sekejap sambil tunggu arang jadi bara. Kemudian salai atas bara api sehingga masak. Balik2kan daging. Sejukkan daging dan hirislah nipis.

Bahan-bahan untuk gulai labu daging salai:
300gm daging salai
1/2 biji labu ~ kupas kulit dan potong kepada saiz yang sesuai dan bersihkan/basuh, toskan
1500ml santan @ secukupnya
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
20 biji cili api**
** Dikisar halus
2 batang serai ~ diketuk/titik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping/gelugur
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Air

Cara penyediaan:
1. Rebuskan daging dengan bahan-bahan kisar dan serai. Rebus hingga daging lembut.
2. Masukkan labu, serbuk kunyit dan santan. Kacau santan hingga mendidih.
3. Bila kuah mendidih, masukkan asam keping, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

Daging sedang salai..

Daging salai yang sudah dimasak..

Telur Masin (Homemade)

Bila di perantauan ni, banyak makanan kena buat sendiri..Macam telur masin, bila rasa teringin nak makan rajinlah membuatnya..Biasanya telur masin yg saya buat, dalam masa 15 hari bolehlah direbus. Guna telur ayam je, mana nak cari telur itik..

Bahan-bahan:

6 biji telur
Garam kasar ~ dalam 1/2 - 1 cawan
Air ~ dalam 1/2 liter
Cara saya menyediakan:

1. Bersihkan/basuh telur (saya guna span bahagian yg kasar)
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut. Saya akan tambah garam sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi airnya betul2 masin.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. (simpan kat luar, bukan dlm peti ais)
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan.

Telur masin yang telah direbus..

"KARAK TEA" (TEH PANAS)

Pada mulanya saya dan suami ingatkan apa "KARAK TEA" yang dijual di gerai2 minuman dan makanan ringan semasa pergi ke Global Village(tpt jualan brgan dr berbagai2 negara), di Dubai. Semasa membeli teh, suami bertanya kepada penjual minuman(yang kebanyakannya mamat bangla). Rupanya teh panas, tapi tehnya direbus dgn buah pelaga dan juga saffron. Bila balik ke rumah saya cuba membuatnya pula..Sedap lagi teh yg saya buat sebab teh yg dijual tu kurang manisnya..



Bahan-bahan:

Untuk 1 gelas teh ialah,

1 sudu besar serbuk teh (teh uncang pun boleh)
2 biji buah pelaga
Sedikit/secubit saffron
Gula secukupnya
Susu cair

Cara saya membuat teh:

1. Masak air sehingga mendidih (saya guna cerek elektrik).
2. Masukkan teh, buah pelaga dan saffron ke dalam kole/cerek. Kemudian didihkan kembali di atas dapur.
3. Tapis teh ke dalam gelas/ cawan dan letaklah susu dan gula secukup rasa.
*** Boleh gunakan susu pekat manis.





Susu cair yang popular di sini.

Rendang Ikan Masin Talang

Saya masih ingat lagi, resepi ni selalu dibuat oleh arwah mak. Saya tolong sikit2 je masa arwah mak buat. Beliau menyusun batang2 lengkuas/kantan didalam kuali, sebelum meletakkan ikan masin, santan dan juga bahan2 lain. Kemudian kuali ditutup dgn daun2 kunyit sebelum ditutup pula dgn tudung periuk. Ikan dimasak dgn api perlahan sehingga kuahnya kering. Di Abu dhabi ni tak ada batang lengkuas/kantan dan daun kunyit, jadi saya masak mcm msk rendang biasa jelah.Rendangnya sama mcm rendang lain tapi tidak menggunakan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang.

Bahan-bahan:

500 gm ikan talang masin (isi dan tulang) ~ potong lebar dlm 3 jari
2 biji/labu bawang besar**
5 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 inci lengkuas**
20 biji (lebih atau kurang) cili kering**
**
Semua bahan dikisar
3 batang serai ~ diketuk
3 keping atau secukupnya asam keping
1 helai daun kunyit ~ dimayam (saya tak letak)
2 sudu besar kerisik
3 cawan santan
Sedikit gula.

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan kisar, ikan masin, serai, asam keping dan santan ke dalam kuali. Gaulkan rata.
2. Masakkan ikan dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat.
3. Letak gula secukup rasa, rasakan masam, masinnya. Kalau tak masam boleh ditambahkan lagi asam.

4. Akhirnya masukkan kerisik dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan sehingga kuah betul pekat.

Masak Lemak Tenggiri Dengan Brokoli

Brokoli merupakan sayur kegemaran anak sulung saya. Masak lemak ni saya buat tidak pedas sebab anak bujang saya tu tak kuat makan cili. Saya menambahkah sedikit bawang putih dan juga halia.

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
200 gm brokoli
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
10 biji cili api (resepi ni saya tidak letak cili)**
**ditumbuk
2 batang serai ~ diketuk
2 keping asam keping
4 cawan atau secukupnya santan
Garam secukup rasa dan sedikit gula

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk, santan, asam keping dan serai ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan biarkan sehingga masak. Sentiasa mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pula brokoli dan masak selama 3 minit, tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Bolehlah diangkat.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.